RAMALLAH - Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.
"Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak," menurut organisasi itu dalam laman sesawang mereka.
Sejak lebih sebulan lalu, 4,008 kanak-kanak terbunuh manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), infrastruktur awam terjejas termasuk 253 kemudahan pendidikan, 101 kemudahan kesihatan, 58 tempat ibadat, tiga kem pelarian dan lebih 40,000 unit kediaman.
Dalam pada itu, pakar kesihatan mental Save the Children memberi amaran bahawa konflik di Gaza telah mendedahkan kanak-kanak kepada trauma.

Sejak sekatan darat, udara dan laut dikenakan pada 2007, hak kehidupan kanak-kanak di Gaza sudah dirampas, dihimpit dengan keganasan dan tiada lagi kebebasan yang hakiki. - AFP