'The Hulk' pertahan rakyat Palestin

Iklan
Pelakon yang terkenal dengan watak 'The Hulk' itu membela rakyat Palestin, dengan menegaskan mereka juga adalah manusia yang 'kebetulan' dilahirkan di negara itu, dan kebanyakan terperangkap di Gaza. - Foto Wikipedia

BINTANG hollywood, Mark Ruffalo membidas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel rakyat Palestin sebagai 'kerosakan sampingan' ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.

Pelakon yang terkenal dengan watak 'The Hulk' itu membela rakyat Palestin dengan menegaskan mereka juga adalah manusia yang 'kebetulan' dilahirkan di negara itu dan kebanyakan terperangkap di Gaza.

Iklan
Iklan

"Kasihanilah, mereka adalah rakyat Palestin bukan bangunan atau jalan raya atau benda...

"Mereka adalah manusia dan begitu juga tebusan yang nyawanya mungkin anda (Israel) akan hancurkan. Mereka juga bukan 'kerosakan sampingan'," katanya dalam kemas kini di laman X, pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Netanyahu mendakwa, pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin oleh tentera Israel hanyalah bersifat 'kerosakan sampingan'.

Pemimpin sayap kanan itu yang dilihat muncul dalam banyak media antarabangsa dilihat cuba mengenepikan tanggungjawab dan peranan tentera Israel dalam membunuh rakyat Palestin.

Iklan

Netanyahu mendakwa, tentera Israel tidak sengaja menyasarkan orang awam, walaupun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat.

Dia juga mengulangi dakwaannya bahawa Hamas bertanggungjawab ke atas korban awam Gaza, di sebalik tindakan Israel melancarkan serangan dari udara, laut serta darat.

"Kami sengaja melakukan segala-galanya untuk menyasarkan pengganas...

"... dan orang awam, seperti yang berlaku dalam setiap peperangan yang sah, kadang-kadang dipanggil 'kerosakan cagaran'," dakwa Netanyahu.

Kerosakan sampingan biasanya digunakan dalam konteks tindakan perang, yang mana ia berlaku apabila kemusnahan sasaran tentera disertai dengan kesan sampingan yang tidak dimaksudkan pada asalnya.