KUALA LUMPUR - Tarikh rakaman keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng telah diubah pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis akan merakam keterangan Siti Mastura pada jam 11 pagi Selasa di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.