Monsun Timur Laut: 600 PBBS sedia digerak, bantu operasi banjir

Iklan
Nor Hisham menyampaikan sijil pada Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM Batu Pahat, pada Isnin.

BATU PAHAT - Seramai 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) sedia digerakkan bagi membantu operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, tiga universiti mempunyai PBBS ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Iklan
Iklan

Katanya, PBBS akan menyertai 24,000 pegawai dan anggota JBPM dalam operasi ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku bulan ini hingga Mac 2024.

Majlis PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM Batu Pahat, pada Isnin.

"Pegawai PBBS tersebut akan ditugaskan bagi menghadapi situasi menyelamat ketika bencana banjir atau ribut mengikut lokasi balai bomba yang berhampiran dengan kediaman masing-masing.

Iklan

"Namun, pegawai PBBS ini perlu mendaftarkan diri di balai bomba yang berhampiran terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menyertai anggota bomba yang bertugas pada musim monsun kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM di sini pada Isnin.

Iklan

Pada majlis berkenaan, seramai 46 pegawai PBBS UTHM menerima sijil pentauliahan mereka.

Menurut Nor Hisham, enam universiti dijangka program ‘Kor Siswa Bomba’ dalam tempoh dua tahun akan datang sekaligus dapat meningkatkan bilangan pegawai PBBS.

Nor Hisham memeriksa barisan Pegawai Bomba Bantuan Siswa ( PBBS) UTHM Batu Pahat, pada Isnin.

"UTHM merupakan universiti yang paling ramai melahirkan pegawai PBBS di mana seramai 268 berjaya menerima sijil tauliah dan bakinya daripada USIM dan UiTM.

"Selain berpeluang bertugas di balai bomba berhampiran, pegawai PBBS ini juga berpeluang bekerja di premis swasta melalui program Pengurus Keselamatan Kebakaran di mana mengikut rekod sebanyak 8,000 premis didaftarkan dengan bomba,” katanya.