Taufan Phanfone ragut sekurang-kurangnya 16 nyawa

Iklan
Penduduk berjalan melewati sebuah rumah yang rosak akibat Taufan Phanfone yang melanda Tacloban, wilayah Leyte pada Hari Krismas semalam. - Foto AFP

MANILA - Sekurang-kurangnya 16 maut susulan Taufan Phanfone yang melanda perkampungan kecil dan destinasi pelancongan popular di tengah Filipina pada Hari Krismas semalam, kata pihak berkuasa.

Mencecah kelajuan angin 195 kilometer sejam, Taufan Phanfone memusnahkan kediaman dan menumbangkan tiang elektrik selain menyebabkan rangkaian internet dan telefon terputus di beberapa kawasan yang teruk terjejas.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa agensi bencana berkata, setakat pagi ini, tahap kerosakan masih belum dapat dinilai sepenuhnya namun sekurang-kurangnya 16 orang disahkan terbunuh di perkampungan dan bandar di Visayas, salah satu dari tiga kumpulan pulau utama di Filipina.

Taufan Phanfone turut melanda Boracay, Coron dan beberapa destinasi pelancongan terkenal dalam kalangan pelancong luar negara.

Iklan

Menurut seorang pelancong Korea, Jung Byung Joon yang terkandas di Lapangan Terbang Kalibo, kawasan berhampiran premis itu kelihatan rosak teruk dan jalan raya masih ditutup meskipun terdapat usaha untuk membersihkan laluan.

Dilihat lemah berbanding Taufan Haiyan, Phanfone dikatakan mengikut jejak taufan dahsyat yang menyebabkan kematian serta kehilangan lebih 7,300 orang pada tahun 2013.

Iklan

"Ia (Taufan Phanfone ) seperti adik kepada Haiyan, kurang mendatangkan kemusnahan namun mengikut jejak yang sama," kata Cindy Ferrer, pegawai maklumat di agensi bencana wilayah Barat Visayas kepada AFP. - AFP