Mohamad Asfia dilantik semula sebagai Speaker DUN Sarawak

Iklan
Mohamad Asfia Awang Nassar

KUCHING - Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 16 November ini hingga 15 November 2025.

Hantaran di laman rasmi Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini memaklumkan lantikan kali kesembilan Mohamad Asfia bagi jawatan itu susulan lantikan kali kelapan Speaker DUN berkenaan bakal tamat 15 November ini.

Iklan
Iklan

"Istiadat mengangkat sumpah Mohamad Asfia di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah berlangsung di kediaman rasmi beliau hari ini.

"Dalam istiadat itu, Tan Sri Mohamad Asfia turut menandatangani surat sumpah sebagai Speaker DUN Sarawak untuk tempoh dua tahun,” menurut hantaran itu.

Iklan

Terdahulu, majlis turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Hadir sama Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang dan Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Saferi Ali. - Bernama

Iklan