Netanyahu takut hilang kuasa, akan terus serang Gaza
Iklan
SHAH ALAM - Amaran Benjamin Netanyahu terhadap pemimpin Arab supaya tidak campur tangan dalam konflik Palestin-Israel dipercayai kerana tidak mahu operasi ketenteraan di Gaza gagal sekali gus menggugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Felo Penyelidik Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Azrul Azlan Abdul Rahman berpandangan peringatan pemimpin Zionis itu juga sebagai tindak balas untuk meredakan tekanan politik domestik setelah desakan rakyat yang memintanya meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan konflik di Gaza.