Apple kongsi gambar pemandangan Kampung Sahabat di Perlis

Iklan
Apple berkongsi gambar Dinny kini tular di media sosial yang meraih 282,640 tanda suka.

PERLIS - Gambar pemandangan sawah padi di Kampung Sahabat yang dikongsi seorang pemuda di sini mendapat perhatian daripada syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc.

Lebih mengujakan, gambar tersebut turut dimuat naik Apple melalui akaun rasmi di Instagram.

Iklan
Iklan

Pada perkongsian berkenaan, pihak Apple turut memaparkan kepsyen 'Humanity turns a photo into a story' di samping turut meletakkan #malaysia dan nama akaun Instagram pemilik gambar berkenaan.

Pemilik gambar, Dinny Aiman, 20, berkata, dia tidak menyangka gambar tersebut yang diambil di kampung halamannya pada Mei lalu dikongsi syarikat Apple.

Iklan

Menurutnya, penularan gambar itu pihak Apple sedikit sebanyak memberi impak yang besar dalam kerjayanya sebagai seorang jurugambar sambilan.

Reaksi netizen yang kagum dengan Dinny Aiman. (Dinny Aiman)

"Ketika itu, saya hanya mengambil gambar kampung halaman untuk berkongsi kepada rakan-rakan di Instagram tentang keindahan pemandangan di negeri kelahiran saya. Gambar itu saya letak #shotoniphone.

Iklan

"Saya mengambil gambar itu menggunakan telefon bimbit jenis iPhone 7 Plus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Apple yang berkongsi gambar Dinny kini tular di media sosial yang meraih 282,640 tanda suka.

"Tahniah boscoo kerana gambar anda dikongsi oleh Apple. Bukan mudah Apple nak pilih gambar kita untuk dimasukkan ke media sosialnya. Kalau dapat beruntunglah anda kerana ini menjadi idaman setiap orang khususnya jurugambar," tulis Amar Farhan di Instagram.

Nora Rahman pula memberitahu,"Gambar yang anda hasilkan memang terbaik dan bagi saya sebab itulah gambar anda dipilih oleh Apple. Tahniah bro, diharapkan agar boleh dapat masuk lagi kerana dapat juga mengharumkan nama Malaysia."