Penyanyi Nora dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas

Iklan
Nora dimasukkan ke sebuah pusat perubatan dan ditempatkan di ICU setelah mengalami sesak nafas.

PENYANYI Datuk Nora Ariffin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah mengalami sesak nafas.

Perkara itu diuar-uarkan sendiri oleh suami Nora, Dr Rushdi Ramli sebelum dikongsikan Aishah menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Isnin.

Iklan
Iklan

"Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas.

"Mohon doa ikhlas dari semua,” tulis Rushdi.

Iklan

Dalam pada itu, penyanyi yang cukup hits menerusi lagu Janji Manismu itu pula turut berkongsi hantaran oleh kelab peminat Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, dan meminta didoakan lekas sembuh.

"Allahuakbar adikku Nora... Mari kita panjatkan doa, semoga memperoleh kesembuhan,” ujarnya.

Iklan

Bagaimanapun setakat ini, tidak ada perkembangan lanjut keadaan kesihatan Nora dan Sinar Harian masih berusaha mendapatkan kenyataan daripada pengurus Nora.