DBKL kunci air penduduk PA, PPR culas bayar sewa

Iklan
Tindakan kunci air terhadap penduduk PA dan PPR yang mempunyai tunggakan sewa.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan operasi kunci air terhadap penduduk Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membawa sewa.

DBKL berkata, penguatkuasaan yang sebelum ini dilaksanakan PPR Perkasa dan Sri Alam kini diteruskan ke PPR Muhibbah dan Batu Muda.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan tegas itu dilakukan terhadap penyewa degil yang tidak mengendahkan notis peringatan yang dikeluarkan.

"Notis peringatan sudah dikeluarkan, pertemuan bersemuka sudah dibuat bagi para menyewa berbincang dan melakukan penstrukturan pembayaran, malah pihak DBKL juga telah membuka kaunter bergerak bagi memudahkan urusan dalam membayar tunggakan sewa," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Iklan
DBKL mengingatkan penyewa yang masih mempunyai tunggakan diminta menyegerakan pembayaran bagi mengelak dikenakan tindakan kunci air.

DBKL berkata, penyewa yang dikenakan tindakan dikehendaki menjelaskan tunggakan sewa bagi membuka kunci air tersebut.

Pada masa sama, DBKL mengingatkan penyewa yang masih mempunyai tunggakan diminta menyegerakan pembayaran bagi mengelak dikenakan tindakan sama.

Iklan

"Masih ada masa untuk menjelaskan tunggakan tersebut atau berjumpa dengan pihak DBKL untuk berbincang mengenai kaedah terbaik dalam menyelesaikan tunggakan tersebut.

"Operasi ini akan diteruskan di kawasan PA/PPR yang lain dari semasa ke semasa. Ingat, bayar sewa, jelas tunggakan, elak tindakan," ujar kenyataan itu.