Suarez kembali sarung jersi Uruguay

Iklan
Suarez - Foto Agensi

PELEDAK sensasi, Luis Suarez kembali menyertai Uruguay setelah tersisih daripada skuad kebangsaan yang dibimbing jurulatih baharu, Marcelo Bielsa Mei lalu.

Pemain berusia 36 tahun itu bakal memperkuatkan jentera depan Uruguay untuk menentang Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2026 minggu ini.

Iklan
Iklan

Suarez yang menyumbat 68 gol antarabangsa berada dalam prestasi terbaik untuk kelab Brazil, Gremio apabila menghasilkan 16 gol daripada 29 perlawanan.

Aksi menentang Argentina pada Khamis akan menjadi yang pertama buat pasukan kebangsaan sejak mereka tersingkir daripada Piala Dunia Qatar pada aksi peringkat kumpulan tahun lalu.

Iklan

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan ketika beraksi bersama City yang mencatatkan keputusan seri 4-4 dalam aksi Liga Perdana (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge Ahad lalu.

Nasib malang turut menimpa Edinson Cavani yang meledak 58 gol antarabangsa apabila tersisih daripada senarai selepas mengalami kecederaan ketika bermain untuk Boca Juniors.

Iklan

Argentina yang tidak tewas berada kedudukan teratas kumpulan dengan 12 mata selepas empat perlawanan, lima mata di hadapan Venezuela, Brazil dan Uruguay.

Enam pasukan dari Amerika Selatan akan layak ke Piala Dunia 2026 yang dianjurkan oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.