COPANHAGEN - Parlimen Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
RUU itu bertujuan untuk menjadikannya satu kesalahan jenayah kerana perbuatan menghina atau memusnahkan barang keagamaan secara terbuka, menurut ringkasan di laman sesawang Parlimen.