Pengasas Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank), Mohd Azrul Mohd Razak,38, (kiri) tersenyum sambil menyajikan hidangan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan di pejabatnya di Jalan Sultanah.
Azrul berkata inisiatif itu mula dilaksanakan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19 bagi membantu golongan yang terputus bekalan makanan ketika itu.
Beliau berkata, selepas pandemik pihaknya mendapati masih ada keperluan untuk pihaknya meneruskan inisiatif itu bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan menikmati makan secara percuma.
Katanya, pada masa ini hidangan percuma disediakan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada Rabu untuk makan tengah hari serta Jumaat dan Sabtu untuk sarapan pagi.