Rampasan daging babi

Iklan
Kakitangan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu melakukan pemeriksaan karkas babi pada sidang media mengenai rampasan daging babi di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Penguatkuasa Veterinar Negeri Terengganu berjaya merampas karkas babi kira kira 12 tan metrik bernilai hampir RM246,240.00. Rampasan itu hasil serbuan yang dilakukan pihaknya kira-kira jam 3.30 pagi di tepi jalan Kampung Pak Kancil, Bandar Permaisuri, Setiu, Khamis lalu.