GEORGE TOWN - Seramai 12 pengunjung pusat hiburan di kawasan Lebuh Chulia dekat sini termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan kerana positif dadah dalam operasi awal pagi Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata, dalam operasi bermula 1 pagi itu, pihaknya memeriksa dan menjalankan ujian air kencing ke atas 67 orang termasuk 25 wanita yang berada di premis terbabit.