Kempen BMF: MPMMK cadang kedai runcit 24 jam di masjid

Iklan
Cadangan MPMMK itu bagi membolehkan kempen BMF tercapai sekali gus dapat meningkatkan penguasaan Melayu dan Islam dalam bidang ekonomi. - Foto 123RF

KUANTAN - Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK) mencadangkan semua masjid di negara ini membuka kedai runcit 24 jam bagi menjual produk Muslim.

Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, cadangan ini bagi membolehkan kempen Beli Produk Muslim (BMF) tercapai sekali gus dapat meningkatkan penguasaan Melayu dan Islam dalam bidang ekonomi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata sebaliknya ia mempunyai skop yang begitu luas.

"Pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat pentadbiran, dakwah dan kegiatan ekonomi.

Iklan

"Jadi, MPMMK menyeru semua pengerusi jawatankuasa masjid di seluruh negara bekerjasama dengan jawatankuasa, imam dan ketua masyarakat untuk melaksanakan penubuhan kedai 24 jam di masjid.

"Kita mahu masjid turut menjadi platform ekonomi masyarakat setempat seterusnya membantu meningkatkan penguasaan orang Islam dalam bidang ekonomi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Mohammad Faiz berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga kelmarin, terdapat 6,368 masjid di seluruh negara.

Syed Mohammad Faiz berkata, fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata sebaliknya ia mempunyai skop yang begitu luas.

Menurutnya, sekiranya semua masjid membuka kedai 24 jam menjual produk Muslim sepenuhnya, usaha menjayakan kempen BMF pasti berjaya.

"Itu baru masjid, saya difahamkan terdapat 18,308 surau di seluruh negara berdasarkan rekod Jakim.

"Jadi, usaha membuka kedai runcit 24 jam bagi menjual produk Muslim itu perlu dimulakan di seluruh masjid dahulu dan selepas ini boleh diluaskan di semua surau seluruh negara," katanya.

Katanya, usaha membuka kedai runcit 24 jam itu juga dapat membantu mengimarahkan masjid di seluruh negara.

"Sebagai contoh, apabila orang Islam datang ke kedai runcit di masjid dan pada waktu itu azan berkumandang, sudah tentu mereka akan mengerjakan solat secara berjemaah. Ini secara tidak langsung akan mengimarahkan masjid," katanya.