SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini bahawa lebih 15,000 peminjam atau 22 peratus daripada keseluruhan peminjam program Hijrah Selangor tidak membayar pinjaman dengan nilai tunggakan mencecah RM135 juta.
Exco Beliau, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi berkata, program itu telah menyalurkan pinjaman kepada seramai 58,885 orang dengan pembiayaan dikeluarkan berjumlah RM780 juta.
"Setakat ini, 78 peratus telah membayar balik pinjaman dan bakinya 22 peratus peminjam masih berdegil,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Sijangkang) yang ingin mengetahui status terkini program Hijrah Selangor dan jumlah peminjam serta hutang tertunggak mengikut daerah.
Najwan berkata, setakat 30 September lepas, Petaling merekodkan jumlah tunggakan tertinggi iaitu RM37.8 juta diikuti Hulu Langat (RM25.7 juta) dan Gombak (RM18.2 juta).
Beliau berkata, kerajaan negeri merancang untuk mengkaji semula beberapa sudut pembayaran dan mengenal pasti kelompongan dari segi kutipan.
Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata, kerajaan Selangor memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memasang 790 lampu jalan solar diod pemancar cahaya (LED) di seluruh negeri sejak tahun lepas.
"Kriteria pemilihan lokasi bagi pemasangan lampu solar tersebut adalah seperti tiada punca bekalan kuasa dan kawasan vandalisme atau tinggi kadar kecurian.
"Pemasangan juga tertumpu kepada lokasi yang kerap berlaku kemalangan, simpang terpencil, jambatan dan luar kawasan rintis Tenaga Nasional Bhd," katanya menjawab soalan Mariam Abdullah Rashid (PH-Meru).
Menjawab soalan tambahan Sallehen Mukhyi (PN-Sabak) mengenai masalah ketiadaan lampu jalan, Izham menjelaskan kecurian kabel menjadi punca utama banyak lampu tidak bernyala.
"Jenayah curi itu berlaku di semua tempat dengan pemasangan kabel tersebut mengambil tempoh masa yang lama. Masalah lampu jalan adalah menggunakan kabel, apabila kabel dicuri sebab itu banyak tiang namun lampu tiada.
"Sebenarnya setiap jalan sudah ada lampu kerana ini termasuk dalam aspek pembinaan jalan raya. Jadi, hendak tampung lampu-lampu ini kita laksanakan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Selangor," katanya. - Bernama