Dunia bakal berdepan kekurangan 2.4 juta tan gula

Iklan
Pengeluaran gula global akan berkurangan sebanyak 2.4 juta tan dan jangkaan gangguan penggunaan itu pada 2023/2024 yang bermula pada Oktober.

NEW YORK - Pengeluaran gula global akan berkurangan sebanyak 2.4 juta tan dan jangkaan gangguan penggunaan itu pada 2023/2024 yang bermula pada Oktober.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh firma perunding, CovrigAnalytics menerusi satu laporan pada Isnin yang turut menaikkan anggaran defisit bekalan sebanyak 200,000 tan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, peningkatan pengeluaran di Brazil, Rusia dan China tidak akan mencukupi untuk mengimbangi penurunan besar pengeluaran di India dan Thailand yang terkesan disebabkan tahap kelembapan yang tidak mencukupi.

Walaupun terdapat pengurangan besar pada permintaan gula di China sebanyak 440,000 tan, defisit tetap meningkat.

Iklan

Sementara itu, permintaan gula tahunan dianggarkan akan meningkat daripada 188.16 juta pada 2022/2023 kepada 189.9 juta tan pada 2023/2024. Jadi, negara-negara akan terus menggunakan stok rendah sedia ada.

"Sehubungan itu, harga NY11 (niaga hadapan gula) akan kekal diniagakan dalam lingkungan dua hingga tiga sen setiap paun atau lebih rendah daripada paras semasa.

Iklan

"Ini kerana angka penawaran dan permintaan tidak menunjukkan pasaran menaik atau menurun secara besar-besaran,” kata laporan itu.

CovrigAnalytics berkata, negara pengimport sudah pun menghadapi kesukaran untuk membeli gula pada paras tinggi semasa.

Niaga hadapan gula mentah mencecah harga kemuncak sepanjang 12 tahun pada minggu lepas di bursa ICE.

"Afrika sedang berhadapan masalah untuk mendapatkan mata wang dan membayar harga dolar pada kadar sama dengan jumlah yang lebih kecil. Sementara itu, China dan Korea Selatan mungkin akan menukar lebih banyak gula kepada pemanis lain (sirap jagung)," katanya. - Reuters