Ada rezeki nanti saya cari lagi...

Iklan
Arifin mencari lala ketika air laut pasang di muka kuala Tujoh.

TUMPAT - Lubuk rezeki di muka kuala Tujoh yang kaya dengan moluska menjadikan kawasan itu buruan pencari lala.

Biarpun berdepan air pasang laut, angin kencang dan hujan, ia tidak menghalang aktiviti mencari lala di sini.

Iklan
Iklan

Bagi nelayan persisir pantai, mencari lala adalah pendapatan utama selain ke laut.

Arifin Harun, 40, berkata, dia terpaksa mencari lala kerana sudah berminggu tidak dapat turun ke laut kerana ombak besar.

Arifin mencari lala ketika air laut pasang di muka kuala Tujoh.

Iklan

"Mencari lala ketika air pasang risikonya pulang tanpa hasil.

"Tapi demi mengisi perut kami sekeluarga, saya turun ke muka kuala Tujoh ini walaupun 'edah' banjir belum habis lagi," katanya.

Iklan

Sudahlah tidak dapat ke laut, mencari lala juga bukan semudah disangka.

"Musim cuaca tak menentu ni, memang payah nak cari lala.

Mah membantu anaknya, Arifin menjual lala di gerai ikan kering Pantai Sri Tujoh.

"Disebabkan itulah pendapatan harian kami terjejas," katanya yang tinggal bersama ibunya, Mah Nik Mod,76, di Kampung Kual Baru, Geting di sini.

Mencari lala, lokan dan tiram sudah sinonim dengan Arifin sejak dia berusia belasan tahun lagi.

Berbahagi tugasan harian, lala yang dikutip Arifin akan dijual pula oleh ibunya di gerai ikan kering Pantai Sri Tujoh.

"Saya akan terus mencari lagi jika inilah dapat menambah rezeki kami.

"Walau susah, saya tak akan putus asa," katanya.

Bagi nelayan pesisir pantai, pekerjaan sampingan itu sangat penting apabila cuaca tidak mengizinkan mereka turun ke laut.