NORWAY - Bekas suami kepada Puteri Norway, Martha Louise dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri.
Pemergian Ari Behn, 47, telah membuatkan seluruh keluarga diraja terkejut dengan berita kematiannya.
Dalam satu kenyataan, Raja Harald berkata,"Ini merupakan berita sedih yang telah diketahui oleh saya dan Permaisuri tentang kematian Ari Behn.
Ari merupakan individu penting dalam keluarga kami selama bertahun-tahun.
"Kami membawa kenangan yang hangat dan manis bersamanya dan kami bersyukur kerana kami telah mengenalinya," titahnya.
Ari Behn yang juga merupakan seorang penulis telah berkahwin dengan Puteri Martha pada 2002 dan telah dikurniakan tiga anak perempuan, namun telah bercerai pada 2017.
Sementara itu, Pengurus Ari Behn, Geir Hakonsound berkata, pihaknya bersedih terhadap kematiannya dan mengharapkan orang ramai menghormati dan melupakan perkara buruk dilakukan olehnya.
"Dengan kesedihan yang sedang kami terima, kami ingin mengumumkan bawa Ari Behn telah pergi untuk selamanya dan telah diambil nyawanya daripada kami. Kami meminta penghormatan terhadap privasi kami pada masa akan datang," katanya.