Port Dickson Surfcasting tawar hadiah RM46,300

Iklan
Ikan gerong belang yang menjadi buruan peserta di Port Dickson.

PORT DICKSON – Hadiah wang tunai RM46,300 menanti pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Port Dickson Surfcasting di sini Ahad ini.

Juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000, naib juara menerima RM4,000 dan ketiga akan memenangi RM2,000.

Iklan
Iklan

Pemenang keempat menerima RM800, kelima (RM500), keenam hingga 20 mendapat RM200 dan ke-21 hingga 120 akan membawa pulang RM150.

Penganjur turut menyediakan 30 hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai RM100 setiap satu sejurus acara tamat.

Iklan

Pertandingan anjuran West Coast Surfcaster (WCS) akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 2 petang Sabtu hingga 12 malam dan bersambung pada jam 6.30 pagi Ahad hingga pertandingan dimulakan.

Iklan

Presiden WCS, Yusuf harun berkata, pertandingan julung kali dianjurkan kelab berkenaan adalah bagi menyokong usaha kerajaan menerusi tema Cuti-Cuti Malaysia yang didukung oleh Tourism Malaysia.

"Pertandingan ini dijangka membantu industri pelancongan domestik dengan pergerakan peserta dari negeri seluruh Semenanjung bagi menyertai acara ini.

"Selain memancing, peserta yang hadir bersama keluarga untuk bercuti di pusat pelancongan popular itu, turut menyumbang kepada sektor ekonomi setempat," katanya.

Beliau berkata, Port Dickson kaya dengan pelbagai spesies ikan bergred A seperti ebek, bawal pinang, daun baru, gerong belang dan lain-lain.

Katanya, penganjur juga menyediakan 300 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal di lokasi pertandingan.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran bagi menyertai acara itu, boleh berhubung dengan penganjur di talian 019-6203040, 012-2141401 dan 012-6823479.