Banjir: Bomba selamatkan wanita terperangkap di kandang lembu

Iklan
G Santhi terperangkap di dalam pondok di kawasan kandang dengan keadaan banjir setinggi kira-kira lima meter. - Gambar hiasan

SEREMBAN - Pasukan bomba membantu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di kandang lembu ternakannya akibat banjir di Kampung Air Kuning, Jalan Linggi, Rantau petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak lelaki wanita itu, R Sehtu Raj memaklumkan ibunya, G Santhi, 58, terperangkap di dalam pondok yang dinaiki air di kawasan kandang lembu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Hujan lebat sejak 1.30 tengah hari tadi menyebabkan air sungai berdekatan naik mendadak. Wanita itu sempat menghubungi anak lelakinya untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat lapan lembu di kandang itu dan kesemua haiwan ternakan itu selamat.

Iklan

Menurut Mohd Syazwan pasukan bomba yang terdiri daripada lapan anggota dan lima anggota polis menggunakan laluan alternatif untuk ke kandang itu dengan bantuan penduduk setempat akibat jambatan runtuh.

Operasi menyelamat katanya, ditamatkan kira-kira 5.30 petang. - Bernama

Iklan