Nepal larang guna aplikasi TikTok

Iklan
Keputusan yang dibuat pada mesyuarat kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai - Gambar hiasan

ANKARA - Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai, lapor Agensi Anadolu, memetik akhbar harian Kathmandu Post.

Iklan
Iklan

Minggu lepas, Nepal mewajibkan syarikat media sosial lain termasuk Facebook, X dan YouTube supaya membuka pejabat di negara itu dalam tempoh tiga bulan.

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua platform media sosial mendaftar dengan Kementerian Penerangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Iklan

Menurut laporan itu, kerajaan memberi amaran bahawa mereka boleh menutup platform yang tidak didaftarkan di Nepal. - Bernama

Iklan