Boikot: Hak pengguna - Fuziah

Iklan
Fuziah Salleh ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna, kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.

Menyentuh mengenai tindakan pengguna memboikot produk berkait Israel, beliau berkata, kerajaan tidak boleh menghalang kerana ia merupakan hak mereka.

Iklan
Iklan

"Sebagai kerajaan pendirian kita adalah menyokong Palestin, itu pendirian kita. Tetapi sama ada interpretasi itu nak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu atau pengguna,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata, semua jenama asing di Malaysia adalah milik syarikat tempatan melalui konsep francaisi induk yang tertakluk pada Akta Francais 1998.

Iklan

"Contoh seperti McDonald yang merupakan milik Gerbang Alaf Sdn Bhd dan Starbuck milik Berjaya Group. Syarikat Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd mempunyai lebih 300 outlet dan jumlah pekerja tempatan lebih 25,000 orang.

"Jenama antarabangsa ini mereka bayar royalti. Akan tetapi pengguna yang membuat keputusan,” katanya sebelum Rang Undang-undang Perbekalan 2024 kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat dengan lebih suara bersetuju.

Iklan

Persidangan bersambung esok. - Bernama