[VIDEO] Nurul Ain, suami selamat tiba di tanah air

Iklan

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 37, dan suaminya Mohamed Adan Shaat, 33, selamat tiba di tanah air selepas lebih sebulan terkandas di Gaza sejak serangan rejim Zionis pada 7 Oktober lalu.

Mereka tiba kira-kira jam 8.55 malam di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa menerusi pesawat QR4993 Qatar Airways yang berlepas dari Doha, Qatar.

Iklan
Iklan

Haron Hamim (kanan) dan Mastura Yusof (kiri) ketika menunggu ketibaan anaknya, Nurul Ain dan Mohamed Adan di Terminal 1, KLIA pada Selasa.

Kedua-dua pasangan itu menempuh perjalanan lebih 17 jam secara keseluruhannya iaitu dari Rafah ke Cairo seterusnya transit di Oman sebelum tiba di KLIA dekat sini.

Iklan

Suasana hiba menyambut kepulangan Nurul Ain dan Mohamed Adan bersama pelukan serta tangisan kegembiraan setelah hampir setahun tidak bersua muka dengan ahli keluarga.

Nurul Ain dan suaminya, Mohamed Adan Shaat berpelukan dengan ahli keluarga sebaik tiba di KLIA pada Selasa

Iklan

"Dekat sana bukan mudah kerana tiada stok makanan, selimut dengan barangan keperluan lain. Lebih baik kami keluar dari Gaza dan ambil langkah lain untuk salurkan bantuan di sana.

"Malah dekat sana, ada dalam kalangan ahli keluarga yang syahid. Rumah dia dibom bukan satu tapi lapan peluru berpandu sehinggakan muka pun hancur tak nampak," kata Nurul Ain.

Nurul Ain (kiri) dan Mohamed Adan Shaat tiba di Terminal 1, KLIA pada Selasa.

Sinar Harian pada 27 Oktober lalu melaporkan, Nurul Ain dan Mohamed Adan telah pulang ke kampung halaman di Palestin pada 1 Oktober lalu buat kali pertama selepas hampir enam tahun mereka mendirikan rumah tangga sebelum terkandas di sana akibat konflik Palestin-Israel.

Bagaimanapun, pada Isnin, Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan kedua-dua pasangan itu selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah jam 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia) pada Ahad.

Katanya, ketibaan Nurul Ain dan suami di Lintasan Sempadan Rafah dimudah cara oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah bersama pegawai-pegawai kedutaan yang lain.