Trend pengundi pilih parti
Iklan
SHAH ALAM - Percaturan Barisan Nasional (BN) mengangkat calon bukan dalam kalangan ahli politik bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini dijangka belum cukup untuk memberi kemenangan kepada parti itu.
Penganalisis politik, Datuk M Periasamy berkata, ini kerana sentimen ‘gelombang hijau’ yang kuat di Pantai Timur khususnya Terengganu ketika ini dijangka turut mempengaruhi keputusan PRK itu nanti.