Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat bantu kurangkan ketegangan - PM

Iklan
Anwar berucap dalam program syarahan 'Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California. - Foto Bernama.

SAN FRANCISCO - [DIKEMAS KINI] Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat mengurangkan ketegangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ia mencapai hubungan secara pragmatik dan bijaksana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk meminimumkan risiko, iaitu konflik langsung atau pembahagian ekonomi global kepada blok tegar. Kedua-duanya dilihat berlaku tidak lama lagi, tetapi ia munasabah di bawah tekanan yang semakin meningkat ini.

Iklan
Iklan

"Saya tidak percaya konflik bersenjata antara kuasa besar sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan kuasa pertengahan seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan ketegangan menerusi diplomasi kreatif," kata beliau pada syarahan khas bertajuk"Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific" di University of California di sini pada Selasa.

Kira-kira 250 pelajar menghadiri acara itu.

Iklan

Anwar berkata, masih ada ruang untuk meneruskan hubungan kukuh dengan AS dan China khususnya dalam bidang seperti perubahan iklim, peralihan tenaga, pendidikan dan hubungan antara rakyat yang menawarkan ruang kerjasama.

Menyedari percanggahan pasti akan timbul, Malaysia masih melihat nilai dalam penglibatan dengan Washington dan Beijing, kata beliau.

Iklan