Israel dakwa sudah kepung Kota Gaza

Iklan
Penduduk Palestin terpaksa berkhemah di luar Hospital al-Shifa selepas hospital berkenaan menjadi sasaran serangan Israel. - AFP

TEL AVIV - Israel mendakwa tenteranya sudah mengawal kota Gaza setelah menewaskan kumpulan pejuang Islam Hamas di Semenanjung Gaza.

Dakwaan itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada Selasa susulan pengepungan terhadap kompleks kesihatan terbesar Gaza, Hospital al-Shifa.

Iklan
Iklan

"Anggota askar Golani (Briged) telah menduduki parlimen Gaza. Ini sangat penting.

"Saya boleh katakan Hamas telah hilang kuasa di utara Semenanjung Gaza dan kita telah mengawal sepenuhnya Kota Gaza," katanya.

Iklan

Gallant mendakwa, pengepungan dan serangan terhadap Hospital al-Shifa dilakukan kerana ia merupakan tempat kumpulan pejuang Hamas berlindung.

Bagaimanapun, pejuang Hamas menafikan dakwaan itu malah berkata, hospital kini menjadi sasaran utama tentera Israel untuk melakukan jenayah pembunuhan orang awam berskala besar.

Iklan

Menurut Hamas, dianggarkan 5,000 hingga 7,000 orang awam terperangkap di kawasan hospital, apabila serangan diteruskan di pekarangan kawasan berkenaan.