ACM, BASF perkasa sektor pertanian

Iklan
Cheong (lima dari kiri), Ismail (enam dari kiri) dan Lim (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir dalam majlis tersebut yang diadakan di Pulau Pinang pada Selasa.

SHAH ALAM - Dua syarikat kimia pertanian, Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM) dan BASF (Malaysia) Sdn Bhd (BASF) telah memeterai perjanjian kerjasama strategik pada Selasa untuk memperkasakan sektor pertanian di negara ini.

ACM dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu akan memberi impak positif kepada bidang pertanian di negara ini khususnya industri padi melalui perkongsian teknologi dan kepakaran.

Iklan
Iklan

"ACM yang berkemampuan logistik, urusan pembekalan produk dalam SIPP akan menjadi lebih cekap dan petani akan menikmati hasil terbaik daripada nilai yang dilaburkan kerajaan,” jelas kenyataan itu.

Dalam majlis itu yang diadakan di Pulau Pinang, Ketua Pegawai Eksekutif ACM, Kevin Cheong dan Ketua Negara BASF Malaysia, Janice Lim telah menandatangani perjanjian tersebut sambil disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Ismail Umar.

Iklan
Kevin (duduk, kiri) dan Janice (duduk, kanan) menandatangani perjanjian tersebut sambil disaksikan Ismail (berdiri, empat dari kiri).

Menurut kenyataan itu, kerjasama strategik ACM dan BASF itu akan membantu para petani menyelesaikan masalah di lapangan, sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil padi selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyasarkan tahap sara diri 100 peratus.

ACM dan merupakan antara syarikat yang telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan sebagai pembekal input pertanian di dalam SIPP.

Iklan

ACM mempelopori industri pengeluaran bahan kimia pertanian serta peralatan mekanisasi perladangan khususnya untuk tanaman padi sejak tahun penubuhannya pada 1969.

ACM mempunyai kilang racun di Kawasan Perindustrian Perai, Pulau Pinang dan Pusat Penyelidikan (Selama Research Centre) di Selama, Kedah.

ACM mengetengahkan teknologi daripada negara Jepun dalam merangka solusi untuk pengurusan tanaman di Malaysia serta melibatkan mekanisasi penyemburan ACM memperkenalkan teknologi dari Jepun dan Brazil.