MotoGP: Petronas, Dorna Sports perkenal bahan api mampan

Iklan
CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta (kiri) dan Pengurus Besar Kanan (Kumpulan Perhubungan dan Komunikasi Strategik), Datin Anita Azrina Abd Aziz (kanan) ketika di acara pengumuman penggunaan bahan api bukan fosil 40 peratus untuk kejohanan Moto2 dan Moto3, Jumaat lalu.

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan Dorna Sports memperkenalkan penggunaan bahan api mampan baharu bagi kelas Moto2 serta Moto3 pada hari pembukaan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix Petronas 2023, Jumaat lalu.

Petronas berkata, pihaknya sebagai pembekal rasmi bahan api kekal komited dalam memyediakan minyak dioptimumkan bermula musim depan memandangkan rakan kongsinya, Dorna Sports selaku pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP itu turut mendorong ke arah pelepasan karbon sifar bersih.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada 2024, Moto2 dan Moto3 bakal dikuasakan sepenuhnya oleh M2 Petronas Primax Pro-Race yang diformulasikan sekurang-kurang 40 peratus bio bahan bukan fosil di samping terus memenuhi keperluan oktana tinggi serta oksigen rendah bagi peraturan bahan api Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) 2023.

"Evolusi dalam kerjasama ini membolehkan Petronas menyokong Dorna Sports dalam mencapai matlamatnya untuk menjayakan kejohanan tersebut dengan penggunaan 100 peratus bahan api mampan menjelang 2027,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan (Kumpulan Perhubungan dan Komunikasi Strategik), Datin Anita Azrina Abd Aziz memaklumkan, pihaknya berbangga melihat kerjasama dengan Dorna Sports terus berkembang maju dalam usaha mewujudkan hala tuju masa depan karbon lebih rendah.

Malah menurutnya, pembangunan mampan bahan api adalah kunci bagi memanfaatkan peluang baharu dan usaha Petronas untuk menghadapi peralihan tenaga ini.

Iklan

"Pencapaian penting ini menyerlahkan komitmen Petronas dan Dorna Sports untuk mewujudkan masa depan karbon yang lebih rendah serta akan terus menyekat segala halangan dengan solusi teknologi bendalir kami,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta berkata, tahun depan merupakan permulaan era baharu buat perlumbaan MotoGP kerana ia merupakan langkah pertama kedua-dua entiti berkenaan untuk bergerak ke arah bahan api sifar karbon.

Tambah beliau, bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Petronas adalah perkara terbaik buatnya selain akan memastikan Moto2 dan Moto3 terus mempunyai prestasi luar biasa.

"Dengan menggunakan bio bahan bukan fosil minimum 40 peratus dan paddock sebagai medan ujian sebelum teknologi ini menemui pelanggan sebenar.

"Bekerjasama dengan Petronas, kami yakin Moto2 dan Moto3 akan terus berbuat demikian bermula 2024 dan tahun seterusnya,” jelasnya lagi.