[VIDEO] Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000

Iklan

SEREMBAN - Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, di sini Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap, P Manimaran, 23, selepas dia membuat pengakuan bersalah.

Iklan
Iklan

Manimaran (tengah) diiringi polis ketika hadir di mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 10 bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

Iklan

Kesalahan berkenaan dilakukan di Simpang Tiga Jalan Kuala Sawah-Ulu Sawah, Rantau, di sini, kira-kira jam 3 petang, 10 November lalu.

Manimaran (tengah) didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Seremban pada Rabu.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Sebelum itu tertuduh terkejut apabila mendengar hukuman yang akan dikenakan terhadapnya dan mula teragak-agak dengan pengakuan bersalahnya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Redzuan Hakiim memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda yang paling minimum memandangkan tertuduh hanya mempunyai pendapatan RM1,500 sebulan selain mengambil kira pengakuan bersalahnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang lain.