ROMPIN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang dan perasmian Pejabat Hutan Daerah Rompin di sini pada Rabu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Roslan Rani.