KPDN terima 43 permohonan baharu Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

Iklan
Fuziah - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima sebanyak 43 permohonan baharu Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, lebih 2,800 pengusaha yang menawarkan insentif berkenaan selepas dilancarkan pada 2 November lalu.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, pendaftaran terus dibuka untuk peniaga-peniaga baharu yang menawarkan menu Rahmah bagi mendapatkan insentif kad diskaun berkenaan.

"Ada enam pasar raya terlibat dan mereka menawarkan diskaun sehingga 40 peratus, ada SKU (stock keeping unit) beratus, ada SKU berpuluh.

Iklan

"Jadi itu statusnya dan insya-ALLAH akan dilancarkan pada hujung bulan November, awal Disember,” katanya di dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berhubung status insentif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Iklan

Sementara itu, menurut Fuziah, inisiatif Menu Rahmah tersebut diharap dapat berterusan tanpa bajet daripada kerajaan sebaliknya berdasarkan kerjasama dengan rakan strategi.

"Sekarang ini, ada enam pasar raya. Insya-ALLAH akan bertambah dan kita harapkan dapat memastikan kelangsungan Program Menu Rahmah ini,” ujarnya.

Pada 2 November, kerajaan memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha Menu Rahmah bagi membeli barangan keperluan perniagaan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi kad itu, pengusaha boleh mendapatkan barangan di enam pasar raya yang telah menjalin kerjasama dengan kementerian.