Fenomena gerhana matahari separa dapat dilihat di USM

Iklan
Imej yang sempat dirakam melalui teleskop di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

GEORGETOWN - Fenomena gerhana matahari separa yang berlaku hari ini dapat dilihat sepenuhnya di kebanyakan negeri bermula jam 11.15 pagi tadi.

Bagaimanapun, peratusan bulan yang menutupi permukaan matahari lebih jelas dilihat di wilayah selatan tanah air terutamanya di Tanjung Piai, Johor.

Iklan
Iklan

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Abdul Halim Abdul Aziz berkata, tepat jam 1.08 petang, 85 peratus matahari diliputi oleh bulan dan ia dijangka akan berakhir pada jam 3.06 petang.

Menurutnya, peratusan penutupan bulan pada permukaan matahari berbeza di setiap negeri kerana faktor lokasi pemerhati yang berlainan.

Iklan

"Jika di Johor (terutamanya) di Tanjung Piai, kita akan nampak gerhana cincin yang mana seluruh bulatan bulan menutup cahaya matahari," katanya kepada media ketika ditemui di program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2019 di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Cara ALLAH tunjukkan kebesaran supaya kita ingat kepadaNYA'

Iklan

Fenomena alam 'cincin berapi' melanda Malaysia

Beliau berkata, fenomena tersebut pada kali ini menunjukkan bulan berada di kedudukan agak jauh dari bumi menyebabkan saiznya lebih kecil daripada bukaan matahari.

"Gerhana ini dijangka akan berlaku pada Jun dan Disember tahun depan namun peratusan penutupan bulan pada permukaan matahari berkemungkinan hanya 14 peratus. Fenomena ini berlaku apabila bulan berlalu antara bumi dan matahari menyebabkan seluruh atau sebahagian bulan akan menutupi matahari.

"Apabila diameter ketara bulan lebih kecil daripada diameter ketara matahari, ia akan menyekat kebanyakan cahaya matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin)," katanya.

Terdahulu, program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2019 dianjurkan oleh Kelab Astronomi USM dan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM.

Ia dibuka kepada orang awam secara percuma yang ingin melihat sendiri fenomena itu dengan menggunakan lima teleskop yang disediakan.