LBS kemuka program Sukuk Wakalah RM750 juta

Iklan
Tan Sri Ir Lim Hock San

PEMAJU perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad telah mengemukakan permohonan program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta dalam nilai nominal kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, program tersebut turut memberi fleksibiliti untuk menerbitkan Sukuk Wakalah hijau, sosial, mampan dan bertanggungjawab (SRI).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia selaras dengan rangka kerja pembiayaan kelestarian sulung LBS yang telah menerima Penilaian Bon Impak ‘Emas’ oleh MARC Ratings Berhad (MARC).

"Ia selaras dengan garis panduan SC mengenai produk pasaran modal tidak tersenarai di bawah Rangka Kerja Permulaan dan Pelancaran. Program ini mendapat penilaian awal AA-IS dalam tinjauan stabil oleh MARC.

Iklan

"Rangka kerja ini telah diwujudkan untuk menetapkan prinsip panduan bagi instrumen pembiayaan mampan LBS terhadap projek-projek khusus yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan sosial.

"Dana yang diperolehi daripada Program Sukuk Wakalah ini, akan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan patuh syariah seperti modal perbelanjaan, pelaburan, perbelanjaan am korporat, dana utama dan pembiayaan semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Hock San, penarafan MARC mengiktiraf rekod prestasi kukuh LBS dalam pembangunan hartanah kediaman mampu milik dan pertengahan serta aliran tunai yang kukuh sebagai metrik penilaian utama.

LBS Bina Group Berhad

Sementara itu, jelasnya, HSBC Amanah Malaysia Berhad dan RHB Investment Bank Berhad merupakan penasihat dan pengatur utama selain bertindak sebagai pengurus utama bersama bagi program tersebut.

"HSBC Amanah merupakan ejen penstrukturan kemampanan tunggal dan penasihat syariah program ini.

"Ini membuktikan dedikasi dan kesungguhan kami untuk membina masa hadapan yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif untuk semua sebagai titik tolak penting, dalam mencapai matlamat dalam mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050,”ujarnya.