Institusikan CDF demi keadilan, kestabilan politik - IDEAS

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Tricia

SHAH ALAM - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyarankan kerajaan memuktamadkan peruntukan Dana Pembangunan Kawasan (CDF) untuk menstabilkan politik selain menyamaratakan peluang antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh berkata, peruntukan CDF yang tidak adil antara wakil rakyat akan terus menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan sistem politik susulan perkembangan terkini pertukaran sokongan empat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

"Untuk mencapai keyakinan ekonomi dan pelaburan, sistem politik yang stabil sangat penting. Malaysia memerlukan undang-undang yang memuktamadkan pembahagian peruntukan CDF yang telus, adil dan bertanggungjawab kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.

Dalam pada itu Tricia berkata, IDEAS turut mengemukakan beberapa cadangan termasuk formula pembahagian sama rata antara ahli Parlimen serta keperluan pelaporan dan pengisytiharan semua wakil rakyat.

Iklan

Beliau menjelaskan, perkara itu bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam penggunaan dana yang disalurkan.

"Langkah segera yang boleh diambil untuk memastikan CDF sama rata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira gabungan politik adalah memulakan memorandum persefahaman (MoU) yang mengandungi keperluan serta komitmen reformasi antara kerajaan dan pembangkang seperti yang ditandatangani ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada September 2021.

Iklan

"Kestabilan politik hanya dapat dipastikan apabila ahli politik di kedua-dua belah pihak diberi layanan adil dan diikat kepada piawaian kebertanggungjawaban yang sama.

"Malaysia tidak mampu menanggung ketidakstabilan politik yang berterusan, maka amat penting bagi kerajaan untuk melaksanakan satu kerangka kerja CDF yang akan mengikat semua kerajaan pada masa hadapan, tanpa mengira gabungan parti," ujarnya.