RANTAU PANJANG - Remaja yang hilang pada 3 Januari lalu, Zulaika Balqis Asmadi, 16, selamat ditemui di sebuah kedai makan di Kampung Cherang Pulas, Pasir Puteh kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Ibunya, Zuraidah Abdul Salam, 40, berkata, anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui orang ramai ketika sedang bekerja di kedai makan tersebut selepas berita kehilangannya itu tular di media sosial.