Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Azlan Muhammad Saleh (kanan) bersama Pegawai Bomba (PB) Suricairatana Chaisuting (kiri) dari Pulau Pinang menunjukkan masakan thai yang dipertandingkan mereka pada Penutup Pertandingan Fire Chef Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2023 di Mydin Mall, Tunjong.
Majlis disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin (tengah) bersama Pengarah JBPM Kelantan Jainal @ Zainal Madasin (kanan) melawat reruai pameran pada Penutup Pertandingan Fire Chef Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2023 di Mydin Mall, Tunjong, Kota Bharu, hari ini. - Foto Bernama