'Antara saya dengan Tun M sudah selesai' - Khairy

Iklan
Dr Mahathir, Khairy Jamaluddin

SEREMBAN -"It's okaylah Tun M dan saya juga, kita dah selesai lah".

Itu jawapan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu berbangkit antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menganggapnya telah selesai.

Iklan
Iklan

Beliau juga bersetuju dengan permintaan Mahathir atau Tun M bahawa tiada keperluan untuk isu antara mereka dipanjangkan lagi.

"Tak payah dipanjangkan lagilah. Beliau (Tun M) pun dalam bual bicara itu kata 'not discuss anymore'," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di sini pada Rabu.

Iklan
Khairy (kiri) ketika hadir pada Majlis Pengenalan Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan temubual podcast Keluar Sekejap yang menjemput Dr Mahathir sebagai tetamu baru-baru ini.

Keluar Sekejap dikendali dan dihoskan oleh Khairy Jamaluddin bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Iklan

"Kenapa Tun tak suka saya?" Itu soalan bersahaja ditanya Khairy Jamaluddin terhadap Tun M pada program tersebut.

Mahathir yang kelihatan sedikit tergamam bagaimanapun menjawab soalan itu dengan tenang dengan mengatakan ia disebabkan Khairy pernah bersaing dengan anaknya, Mukhriz.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut dijemput dalam program sama, tanpa mengiyakannya, Khairy berkata, akan ada elemen kejutan.

"Kita ada perancangan untuk jemput pelbagai tokoh, jadi antaranya adalah 'surprise', takkan kita nak umumkan, kita simpan dulu," katanya.