Suhaimi Saad meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Mohd Suhaimi Saad

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad dilapor menghembuskan nafas terakhir pada 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

Khabar duka itu dikongsi Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook rasmi majlis berkenaan.

Iklan
Iklan

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi, bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

"Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga. Al-Fatihah,” katanya pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, Allahyarham ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami kegagalan organ dalaman.

Difahamkan, Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.

Iklan

Disebabkan keadaannya semakin membimbangkan, bapa mertuanya telah membawa Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin turut meminta orang ramai mendoakan sepupunya itu kembali pulih.