SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas anggota nasyid kumpulan In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada Rabu.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Menerima berita sedih. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi kumpulan nasyid In-Team, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.
Iklan
Iklan
"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mohd Suhaimi dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.
Sebelum ini, Allahyarham Mohd Suhaimi ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami kegagalan organ dalaman.
Difahamkan, Mohd Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.
Disebabkan keadaannya semakin membimbangkan, bapa mertuanya telah membawanya ke Johor untuk mendapatkan rawatan.