Jangan bodohkan penyokong politik
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
MINGGU lepas, Siti Mastura Muhammad, Ahli Parlimen Kepala Batas (PN-Pas) 'mendedahkan' bahawa Lim Kit Siang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew serta pemimpin Komunis, Chin Peng.
Belau juga mengaitkan pemimpin DAP lain, termasuk Setiausaha Agungnya merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.