Rakyat Palestin sanggup mati beribu kali demi pertahan tanah air
Iklan
SHAH ALAM - Seorang rakyat Palestin, Dr Radwan Jamal Elatrash, 62, menegaskan beliau dan keluarga sanggup mati beribu kali demi mempertahankan tanah Palestin daripada dirampas Israel berbanding perlu berpindah ke kawasan lain.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ini kerana rakyat Palestin di Gaza rata-rata lebih memilih menghadapi kematian berbanding meninggalkan tanah air mereka.