Israel sifatkan resolusi gencatan kemanusiaan PBB tak beri makna

Iklan
Gilad Erdan

WAKIL Tetap Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan mendakwa, resolusi yang menggesa gencatan kemanusiaan di Gaza yang dicapai Majlis Keselamatan pertubuhan antarabangsa itu 'tidak memberi sebarang makna' selain disifatkan 'terpisah daripada realiti'.

Erdan dengan tegas mempertahankan pendirian bahawa tindakan Israel melancarkan serangan di Gaza adalah mengikut undang-undang antarabangsa, iaitu dakwaan yang dibantah oleh banyak pihak.

Iklan
Iklan

"Adalah malang Majlis Keselamatan berkenaan masih tidak berupaya mengutuk atau menyebut mengenai pembunuhan beramai-ramai yang dimulakan oleh Hamas (pada 7 Oktober lalu) yang sekali gus mendorong pada perang di Gaza,” kata Erdan dalam hantaran di media sosial.

"Ini merupakan sesuatu yang tidak wajar berlaku,” katanya sambil mendakwa tindakan dilakukan Hamas sengaja memburukkan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta meningkatkan lagi jumlah kematian rakyat Palestin. - Agensi/ Awani

Iklan
Iklan