Pemergian Suhaimi satu kehilangan besar industri nasyid

Iklan
Allahyarham Mohd Suhaimi Saad

JOHOR BAHRU - Pemergian bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad disifatkan sebagai satu kehilangan besar terutama dalam industri muzik nasyid.

Anggota In-Team, Abdul Rahim Osman, 43, berkata, ini disebabkan bakat serta kebolehan Allahyarham selain peribadinya yang amat disenangi ramai.

Iklan
Iklan

"Dia macam mana sekali pun dialah sahabat kami. Orang yang pertama dalam In-Team bahkan saya tak ada ketika itu tahun 2000 sampai 2005 sampai kami habis kontrak.

Abdul Rahim Osman

"Suhaimi adalah sosok yang sangat sinonim dengan In-Team lah. Sahabat selamanya insya-ALLAH.

Iklan

"Saya sempat melawat arwah dua kali semalam di HSI (Hospital Sultan Ismail) di sini dan dia kelihatan uzur. Kali terakhir kami berbual 10 hari lepas," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik HSI pada malam Rabu.

Sementara itu, anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam pula berkata, Allahyarham seorang yang sangat baik dan tidak suka menyusahkan rakan.

Isman Nadim

Iklan

"Pemergiannya satu kehilangan besar," katanya.

Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang Rabu di HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Khabar duka itu dikongsi Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook rasmi majlis berkenaan.

Suhaimi berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Allahyarham, 43, dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat dan ditidurkan sebelum dirujuk ke HSI empat hari lalu.

Jenazah Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke Kota Tinggi pada jam 11.15 malam Rabu.

Lebih 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan hadir di HSI bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke kampung isterinya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi untuk dikebumikan pada pagi Khamis.