Dana Inspirasiku: YaPEIM nafi beri bantuan pendidikan secara tunai

Iklan
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

SHAH ALAM - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan pihaknya ada memberi bantuan pendidikan secara tunai kepada pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) seperti yang ditularkan.

Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed berkata, laporan yang mendakwa bantuan pendidikan menerusi Dana Inspirasiku untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah berjumlah RM500 manakala IPT RM1,000 itu adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

Iklan
Iklan

"Kami sebelum ini pernah mengagihkan bantuan menerusi Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) pada tahun 2019 sebagai salah satu bantuan pendidikan untuk persekolahan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

"Selain itu, bantuan bayaran yuran pelajaran di peringkat IPT sebelum ianya dihentikan pada 2 September 2021 bagi peringkat sekolah dan 22 Disember 2022 bagi peringkat IPT," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menerusi makluman sesawang berkenaan, semakan borang bantuan persekolahan secara dalam talian bagi Dana Inspirasiku boleh dilakukan setelah menghantar borang bantuan persekolahan tersebut.

Beliau turut meminta orang ramai khususnya golongan pelajar dan ibu bapa supaya lebih berwaspada dengan laporan berita tidak sahih berkenaan.

Iklan

Jelasnya, pihaknya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang implikasi hasil maklumat yang tidak tepat disebarkan laman sesawang itu.

"Kami juga mencadangkan masyarakat untuk menyemak kesahihan berita atau maklumat yang diterima terlebih dahulu.

"Orang ramai boleh layari saluran media sosial rasmi YaPEIM atau menghubungi terus di talian 03-5614 9600," katanya.

Tambah Ameer Ali, YaPEIM turut akan memantau sebarang maklumat tidak tepat berkenaan Dana Inspirasiku yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis," ujarnya.