Bolehkah penuhi jemputan makan sempena sambutan perayaan bukan Islam?

Iklan
TIADA masalah untuk kita memenuhi undangan daripada orang bukan Islam, tetapi ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. -Gambar hiasan

WALAUPUN sambutan Deepavali sudah berlalu pada Ahad lepas, namun jemputan rumah terbuka sempena perayaan itu masih lagi rancak.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan kejiranan kaum India. Tidak dinafikan ada dalam kalangan umat Islam yang menerima jemputan daripada orang bukan Islam.

Iklan
Iklan

Mahu ditolak rasa serba salah. Jika tidak pergi, bimbang pula mengecilkan hati mereka. Apalagi ia melibatkan jiran tetangga mahupun kenalan yang agak rapat.

Kepada mereka yang berada dalam situasi itu, usah ragu-ragu untuk memenuhi undangan berkenaan. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

Iklan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam diharuskan menerima undangan makanan golongan non-Muslim andai tidak membawa kepada perkara haram atau mendatangkan ancaman akidah kepada seseorang.

PILIHLAH makanan yang halal dan baik ketika majlis. -Gambar hiasan

Iklan

Ia berdasarkan kepada satu riwayat yang mana ada disebut, seorang wanita datang bertemu Aisyah RA bertanyakan sesuatu iaitu:"Kami mempunyai jiran daripada orang Majusi, mereka merayakan perayaan keagamaannya, maka mereka menghadiahkan (makanan) kepada kami. Aisyah menjawab:"Adapun apa yang disembelih untuk tujuan hari (perayaan) itu, maka jangan kamu makan, tetapi makanlah apa yang berasal daripada pokok-pokok mereka (buah-buahan).” (Musannaf Ibn Abi Shaybah)

Dalam sebuah hadis lain, Anas RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Bahawa seorang lelaki Yahudi menjemput Nabi Muhammad SAW untuk memakan roti gandum dengan acar yang hangat, lalu Nabi Muhammad memenuhi undangannya.” (Musnad Ahmad)

"Malah, umat Islam juga dibolehkan untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non-Muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Buddha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal dan bukannya hasil sembelihan mereka.

"Bagaimanapun dalam memenuhi undangan tersebut, perkara yang mesti dititikberatkan adalah tidak melakukan apa-apa aktiviti keagamaan.

"Bahkan, haram bagi kita mengiktiraf syiar dan mengagungkan hari perayaan mereka kerana dikhuatiri seorang Muslim boleh jatuh ke lembah kekufuran,” tegas pejabat mufti berkenaan dalam artikel Al-Afkar #144: Wajarkah Muslim Menerima Undangan Makan Sempena Hari Deepavali.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memberikan garis panduan kepada Muslimin ketika menghadiri majlis undangan keagamaan orang bukan Islam.

Berikut perinciannya:

i. Memilih makanan yang halal dan baik ketika majlis.

ii. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

iii. Acara berkenaan tidak disertakan dengan perbuatan dan aktiviti-aktiviti yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

UMAT Islam dibolehkan untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non-Muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Buddha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal dan bukannya hasil sembelihan mereka. -Gambar hiasan

Meskipun kita hidup dalam kepelbagaian budaya, agama dan bangsa, pejabat mufti berkenaan menjelaskan, ia tidak menafikan hubungan harmoni melibatkan persahabatan, kejiranan, kemasyarakatan dan sebagainya.

"Mengertilah, hal ini sebenarnya merupakan peluang untuk menyampaikan nilai Islam melalui hubungan baik sesama mereka.