Negara Arab tidak serius henti kekejaman Israel

Iklan
Seorang budak lelaki berdiri di antara runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, pada November. - Foto Xinhua

SAYU dan sedih melihat puluhan ribu nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dalam konflik Israel-Palestin yang sudah berlarutan sejak 7 Oktober lalu.

Sebagai saudara seagama, tindakan Israel itu sememangnya kejam tetapi kita hanya boleh berdoa dari jauh semoga sengsara yang ditanggung mereka segera lenyap.

Iklan
Iklan

Ini kerana, setiap kali berlaku kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang memangsakan penduduk Muslim dan Kristian, negara-negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar-besaran.

Itulah tindakan kebiasaan yang dilakukan sepanjang kewujudan 75 tahun Israel dan ia bukan menjadi sesuatu yang pelik.

Iklan

Tetapi masyarakat Eropah dilihat lebih keras dan tegas dengan bangkit berdemonstrasi besar-besaran di New York, London, Brussels, Madrid dan Dublin untuk mengutuk tindakan kejam Israel yang disokong Amerika dan Britain.

Kebanyakan negara di Eropah juga mengutuk tindakan kejam rejim Zionis dengan memutuskan hubungan diplomatik, menghentikan kerjasama ekonomi dan menutup ruang udara tersebut kepada Israel.

Iklan

Di Malaysia sendiri, kebanyakan rakyat telah melancarkan perang boikot ke atas produk atau syarikat yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis tetapi adakah usaha kita berkesan sekiranya negara-negara Arab dan Islam sekitar tanpa malu masih terus menjalankan hubungan baik dengan Israel.

Selain itu, tiada usaha serius yang diambil oleh kerajaan negara Arab dan Islam di rantau tersebut untuk menghentikan kekejaman Israel.

Persoalan ini turut dibangkitkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini.

Untuk rekod, hanya beberapa negara yang berani mengkritik secara lantang seperti Iraq, Lubnan, Syria dan Algeria manakala sebahagian besar lagi masih kekal meneruskan hubungan diplomatik dan berdagang secara aktif dengan Israel dengan membekalkan minyak, gas dan sumber makanan setiap hari.

Inilah nasib malang menimpa umat Islam hari ini kerana tidak diasuh untuk memahami hak asasi manusia, kanak-kanak dan wanita.

Hal ini kerana, sebahagian besar Konvensyen Geneva turut berkait hak asasi manusia dan undang-undang berkaitan jenayah perang.

Ia juga selari dengan ajaran Islam yang melarang tenteranya membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak selain merosakkan bangunan, rumah ibadah dan sumber air.

Tetapi Israel secara terang-terangan melanggar kesemua tatacara peperangan dalam undang-undang antarabangsa dan hal ini menjadi fokus kritikan sebahagian besar negara dan masyarakat di Eropah.

Ketika ini, rakyat Gaza dan Palestin hanya bergantung kepada tiga kumpulan tanpa negara iaitu Hamas, Jihad dan Hizbullah dan dibantu negara-negara miskin seperti Syria, Yaman dan Iran untuk berjuang melawan Israel.

Sedangkan negara-negara Arab dan Islam sekitar hanya diam membisu dan tetap meneruskan aktiviti dengan Israel tanpa memikirkan nasib saudara seagama mereka.

SURAT PEMBACA,

Anggerik Kesuma, Selangor