Lagu 'Selamat tinggal dunia' beri bayangan Suhaimi 'pergi' di usia muda

Iklan

KOTA TINGGI - Lagu 'Selamat tinggal dunia' ditulis Suhaimi Saad memberi gambaran dia akan pergi dalam keadaan masih muda," kata Muhamad Razin Che Mud.

Razin yang juga Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) memberitahu rakan baiknya, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad, 43, menulis lagu tersebut 15 tahun lalu dan dinyanyikan secara solo.

Iklan
Iklan
MUHAMAD RAZIN

"Ada rakan-rakan yang kongsikan hasil karya Allahyarham 'Selamat tinggal dunia'.

"Lagu itu membayangkan hari ini, arwah akan meninggalkan isteri dan anak-anak dalam keadaan masih muda," katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, di sini pada Khamis.

Iklan

Razin yang juga bekas penyanyi kumpulan Mestica berkata, Allahyarham cukup rajin menyantuni rakan-rakan dan hadir majlis diadakan Munsyid walaupun tinggal jauh di Kelantan.

"Allahyarham seorang yang baik, soleh dan kadang kala sangat tegas dalam menyatakan pendiriannya," katanya.

Iklan

Sementara itu, vokalis In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid menyifatkan pemergian Suhaimi sebagai kehilangan besar industri nasyid tanah air.

MOHD SYAHRIL

Katanya, pada Jumaat lepas, dia bersama dua lagi anggota kumpulan In- Team iaitu Abdul Rahim dan Hazamin sempat melawat Mohd Suhaimi di rumah bapa mentuanya di Felcra Sungai Ara.

"Itu detik terakhir kami bertemu walaupun singkat dalam tempoh 10 minit, namun wajah Suhaimi kelihatan gembira dengan kedatangan kami. Kami memang sudah lama tidak berjumpa.

"Saya beritahu dia, saya sedih lihat keadaan dia. Dia cakap jangan nangis. Dia gembira lihat kami datang, dia minta maaf dengan kami zahir dan batin," katanya dengan sebak.

Pada Rabu, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham Mohd Suhaimi Saad

Suhaimi dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatan merosot selepas batuk teruk sejak Ogos lalu dan mengalami cirit birit.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara di sini pada pagi Khamis.

Jenazah Mohd Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara pada pagi Khamis.