Masters Jepun: Momentum positif Kian Meng-Pei Jing ke suku akhir

Iklan
Kian Meng (kiri) dan Pei Jing akan menentang pasangan Jepun dalam saingan suku akhir Masters Jepun pada Jumaat. - Foto Agensi

BEREGU campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan momentum positif apabila melangkah ke saingan suku akhir Masters Jepun.

Kejayaan itu diraih setelah mereka menumpaskan beregu nombor dua Korea Selatan, Kim Won-ho-Jeong Na-eun dengan bergaya dalam saingan pusingan 16 di Kumamoto pada Khamis.

Iklan
Iklan

Gandingan yang menghuni ranking ke-21 dunia itu menang straight set 21-14, 21-17 dalam tempoh setengah jam permainan.

Kejayaan tersebut membolehkan Kian Meng-Pei Jing melebarkan kemenangan kepada dua daripada tiga pertemuan menentang pasangan itu di pentas antarabangsa.

Iklan

Kian Meng-Pei Jing bakal berdepan cabaran besar apabila dijadualkan menentang beregu nombor dua dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun untuk meraih slot ke separuh akhir.

Gandingan dari negara matahari terbit itu mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mengalahkan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dari Taiwan 22-20, 22-20 dalam tempoh 45 minit permainan.

Iklan

Berdasarkan rekod, Kian Meng-Pei Jing tidak mempunyai rekod baik apabila merakamkan tiga kemenangan daripada sembilan pertemuan dengan Yuta-Arisa.